Skip to main content

Bola Sepak

Selepas Asnawi Mangkualam, giliran bek Terengganu, Azam Azmi pula halang Garnacho

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

garnacho.jpg
Di sebalik kemenangan ASEAN All-Stars berdepan Manchester United dalam Maybank Challenge Cup, pertahanan Terengganu, Azam Azmi Murad, mencuri perhatian peminat bola sepak tempatan yang hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), semalam.

Kelibat pemain berusia 24 tahun itu berjaya mematahkan serangan The Red Devils beberapa kali, sekali gus antara watak penting skuad kendalian Kim Sang-sik memperoleh kejayaan. 

Bakal pemain terbaru Johor Darul Ta'zim (JDT) itu memainkan watak penting mengekang asakan bertubi-tubi anak buah Ruben Amorim yang gagal menembusi jaring pasukan pilihan terbaik Asia Tenggara itu.

Kecemerlangan Azam mengawal pergerakan bintang sensasi, Alejandro Garnacho, menerima tarikan penyokong yang memuji ketangkasan menghentikan kemaraan pemain kebangsaan Argentina itu. 

   

Advertisement

Must Watch Video