Skip to main content

Bola Sepak

Selepas 414 hari, Alhamdulillah -- Syahmi Safari

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

syah.jpg
Pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT), Syahmi Safari, berkongsikan perasaan syukurnya selepas kembali beraksi di atas padang selepas 414 hari bergelut dalam proses pemulihan kecederaan yang dialaminya sebelum ini.

Pemain berusia 27 tahun itu difahamkan mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) sekali gus menyaksikan dia terpaksa mengakhiri kempen Liga Super 2024/25 lebih awal.

Syahmi terpaksa berehat panjang untuk menjalani pembedahan di Sepanyol sebelum pulih sepenuhnya ketika ini.

Menerusi laman di Instragram, dia berkongsikan: "Selepas 414 hari, alhamdulillah."kongsinya.

Dia masuk sebagai pemain gantian ketika membantu JDT II mengikat Armed Forced 2-2 dalam saingan Liga A1 Semi Pro malam tadi.


Nike

Nike BIG Discount

Diskaun 40% dan ke atas untuk kasut Nike! Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!
Grab Cepat

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video