'Saya presiden sekarang. Cristiano Ronaldo akan memenangi Piala Dunia'
Itu seloroh personaliti internet dan pencipta kandungan terkenal dunia, Darren Jason Watkins Jr, atau lebih dikenali sebagai IShowSpeed, selepas menyarung blazer Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Sabtu lalu.
Presiden badan induk itu, Gianni Infantino, menawarkan kerusinya kepada IShowSpeed dan mempelawa remaja tersebut untuk menjawat jawatan tersebut ketika sedang menyaksikan perlawanan Piala Dunia Kelab antara Al Ahly dan Inter Miami.
Video yang tular itu turut merakamkan gelagat mencuit hati legenda Brazil, Ronaldo Nazario, melihat kerenah IShowSpeed yang teruja menjadi presiden meskipun hanya untuk dua minit.
Seperti diketahui, Speed sangat meminati bekas penyerang Real Madrid dan Manchester United, Cristiano Ronaldo, berbanding pemain terkemuka dunia yang lain.
Tanpa berselindung, Speed terus berkata; "Dia (Ronaldo) akan menjuarai Piala Dunia bersama Portugal.
"Saya boleh buat apa sahaja sekarang.