SELANGOR UNITED 0 NEGERI SEMBILAN 0
Selangor United terlepas peluang untuk memberi tekanan terhadap kelompok atas Liga Perdana apabila sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan Negeri Sembilan di laman sendiri, petang tadi.
Selangor United turun ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) sebagai pasukan tiga terbaik dalam liga ketika ini setelah berkongsi sembilan mata dengan UiTM FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) II manakala Negeri Sembilan dalam misi mencari kemenangan kedua selepas kali terakhir melakar kemenangan ketika menentang Sarawak, 3 Februari lalu.
Bagaimanapun, kedua-dua pasukan banyak mensia-siakan peluang terhidang sehingga tamat aksi babak pertama.
Negeri Sembilan lebih menguasai permainan dalam babak kedua dan seharusnya dapat memecah kebuntuan, namun dua kali sepakan Thomas Koroma terkena tiang biarpun penjaga gol Selangor United, Nuraizat Abd Aziz, sudah tertewas.
Biarpun kedua-dua pasukan rancak mengatur serangan, namun tetap buntu untuk mendapatkan jaringan.
"Selangor United tidak menggunakan peluang yang ada.
"Tetapi satu mata adalah lebih baik berbanding tiada langsung. Lagipun, Negeri Sembilan juga memiliki beberapa peluang menarik," ketua jurulatih Selangor United, Abd Talib Sulaiman.
Tambah ketua jurulatih Negeri Sembilan, Mat Zan Mat Aris: "Kami mencipta peluang menjaringkan gol tetapi pemain, terutama di bahagian serangan, tidak menghasilkan gol.
"Kami perlu perbaiki aspek itu."
Keputusan lain:
UKM 4 SARAWAK 0
JDT II 2 KELANTAN 0