SELANGOR UNITED 1 KELANTAN 0
Selangor United membuka kempen Liga Perdana dengan kemenangan tipis selepas mengetepikan Kelantan 1-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, petang tadi.
Kelantan mendominasi sejak awal permainan, namun ketika rancak menyusun gerakan di depan pintu gol lawan, serangan balas tuan rumah menyaksikan Nikita Pavlenko menggegar gawang dengan rembatan padu dari luar kotak penalti pada minit ke-23.
The Red Warriors, bagaimanapun, tidak patah semangat untuk memburu jaringan penyamaan dalam babak pertama tetapi terus buntu untuk menemui sentuhan jaringan.
Kelewatan mendapatkan pemain import dan melantik jurulatih dalam persiapan pra-musim memberi kesan terhadap corak serangan Kelantan dan ia berlarutan dalam separuh masa kedua untuk skuad bimbingan Marko Kraljevic itu akur gagal membawa pulang tiga mata.
"Selangor United telah membuktikan bahawa kami bukan pasukan yang mudah untuk ditewaskan.
"Mereka telah tunjukkan satu persembahan yang baik. Saya gembira dengan persembahan anak buah hari ini kerana kami berjaya memungut tiga mata yang sangat berharga," ujar jurulatih Selangor United, Talib Sulaiman.
Kraljevic tetap optimis dengan usaha pemainnya biarpun terpaksa gigit jari berikutan satu kesilapan di bahagian pertahanan menyebabkan mereka dihukum.
"Masalahnya utama kami ialah tidak cukup berbisa di depan pintu gol lawan.
"Satu kesilapan dalam serangan balas mengakibatkan gawang kami dibolosi.
"Apapun, saya gembira dengan usaha para pemain kerana mereka bekerja keras dan mereka hanya perlu memperbaiki mutu dalam kawasan lawan," ulas Kraljevic.