Selangor tumpas derbi Lembah Klang, tetapi masih tenang


Julai 15, 2024 11:26 MYT
Selepas perlawanan minggu kelima Liga Super, Selangor hadapi kekalahan pertama mereka dalam liga musim ini selepas ditundukkan 1-0 dalam derbi Lembah Klang.
Satu gol yang dijaringkan Jovan Motika pada minit ke-63 cukup untuk beri Kuala Lumpur City tiga mata penuh di Stadium Cheras.

26 years without beating Selangor at home in the league? Not anymore! ❤️?#klbandarayarendahkarbon #klcityfc #sampaimatikualalumpur #cityboys pic.twitter.com/KHbYePR4X8

— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) July 14, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menariknya, perlawanan yang selalunya dianggap panas di dalam dan diluar padang tampil tenang sejurus selepas wisel penamat dibunyikan.
Dengan kewujudan 'puak casual' dari pihak Selangor dan Kuala Lumpur City dalam perlawanan tersebut, ia tidak mengganggu kelancaran sebelum dan selepas perlawanan.
Ini merupakan salah satu petanda baik buat penyokong-penyokong liga tempatan yang mula menunjukkan kematangan dalam menyokong pasukan masing-masing.
Diharapkan, perkara sebegini dapat diteruskan lagi demi meningkatkan lagi keharmonian dalam liga kita.
#liga super #Selangor #KL City #Derbi Lembah Klang
;