Selangor tetap mohon rayuan kepada MFL


Jun 27, 2024 12:09 MYT
Selepas Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memberikan maklum balas terhadap pertimbangan hukuman Selangor yang dikenankan sebelum ini, giliran naib juara Liga Super Malaysia 2023 itu pula akan mengemukakan permohonan rayuan keatas denda-denda tersebut.
Keputusan budi bicara yang diberikan oleh pengelola liga tempatan itu dibuat selepas mendapat titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menggesa pihak MFL berperikemanusiaan dan menghormati pasukan Selangor yang meminta untuk menunda perlawanan Sumbangsih itu.

????????? ????? -------------------- ???? ????????? pic.twitter.com/UKCUORprPf

— Selangor FC (@selangorfc) June 27, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kendatipun begitu, skuad bimbingan Nidzam Jamil itu tetap akan memfailkan rayuan berkenaan keputusan itu mengikut peraturan yang berkaitan dengan hukuman tersebut.
#Liga Super Malaysia #Selangor #MFL #DemiLigaKita