Skip to main content

Bola Sepak

Selangor: Ronnie Fernandes masih ada kontrak setahun lagi tetapi...

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ronnie.jpg
Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor, Datuk Seri Shahril Mokhtar, mengesahkan tiga tonggak import The Red Giants bakal dikekalkan bersama pasukan itu bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) untuk musim 2025/26.

Alvin Fortes, Noor Al-Rawabdeh serta Mohammad Abualnadi merupakan tiga pemain yang kekal sementara masa depan penyerang import kelahiran Chile, Ronnie Fernandez, masih belum terdapat kepastian meskipun pemain itu memiliki baki kontrak selama satu musim lagi bersama pasukan dari Lembah Klang itu.

Dia dalam perkembangan sama turut memaklumkan Selangor akan memanggil semula pertahanan kental yang dipinjamkan ke Penang musim lalu iaitu Richmond Ankrah bagi memperkuatkan benteng skuad kendalian Katsuhito Kinoshi untuk mengharungi cabaran musim baru nanti.

 


"Yang pasti kekal sekarang adalah Alvin Fortes, Noor Al-Rawabdeh ada satu lagu musim, proses pemulihan dia baik dan saya yakin pada Jun ini dia sudah boleh masuk padang semula.

"Satu lagi Abualnadi, Ronnie pula masih lagi sedang melihat kerana dia ada setahun lagi kontrak tetapi kami dalam perbincangan mendalam untuk teliti semua semua pemain.






"Perbincangan telah dilakukan bersama Penang, saya rasa dah sampai masa Richmond pulang, Saya lihat 85% dia beraksi dalam kesebelasan utama. Saya rasa dah tiba masa dia balik ke Selangor." katanya.

Advertisement

Must Watch Video