Pemain lincah Selangor FC, Faisal Halim, sekali lagi menjadi taruhan The Red Giants dalam misi tiga mata kelab Lembah Klang itu apabila melayan kunjungan Kelantan Darul Naim FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, petang ini.
Pengendali Red Giants, Nidzam Jamil, mengakui gembira dengan keterujaan pemain dari Seberang Perai, Pulau Pinang, itu untuk membantu finalis Piala FA berkenaan beraksi selepas disenaraikan sebelum ini berdepan Terengganu FC dalam perlawanan separuh akhir pada 3 Ogos lalu.
Tambahnya, dia juga bangga dengan komitmen 'Mickey' apabila tekal berlatih untuk bekas pemain skuad Penyu itu disenaraikan dalam senarai 20 pemain berdepan Kelantan Darul Naim.
“Sama ada Mickey diturunkan atau sebaliknya bergantung juga kepada prestasi pemain-pemain lain.
“Kami juga akan melihat kepada perlawanan tersebut berlangsung sekiranya terdapat kesesuaian atau keperluan, sudah tentu Mickey akan dimasukkan pada separuh masa kedua," katanya.
Anak buah Nidzam kini menghuni tangga kedua liga dengan 13 mata hasil empat menang, satu seri dan dua tewas selepas mengharungi tujuh perlawanan.
Kelantan berada di kedudukan tercorot liga dengan tiga mata hasil satu kemenangan dan enam kekalahan selepas mengharungi tujuh perlawanan.
Mengenai status pasukan Kijang Emas yang berada di tangga terakhir dalam kalangan 13 pasukan Liga Super musim ini, Nidzam tidak mahu status kelab Pantai Timur itu dipandang rendah pemain-pemainnya.
“Status terkini Kelantan tidak menjadikan pasukan itu lemah, sebaliknya kami tetap menghormati setiap pasukan lawan yang kita hadapi musim ini.
“Malah, kami perlu lebih berwaspada dan berdisiplin dengan corak permainan ditampilkan pasukan Kelantan yang akan menghadirkan banyak masalah sekiranya kita memandang rendah keupayaan mereka,” katanya.
Mengenai status pemain-pemain Selangor berdepan Kelantan, Nidzam berkata: “Muhammad Mukhairi Ajma Mahadi masih mengalami kecederaan bahagian pinggul, selain itu Noor Al-Rawabdeh juga berada dalam situasi 50/50 kerana baru sahaja menjalani sedikit pembedahan di bahagian mukanya.”
Kredit: Sinar Harian