Kelab Bola Sepak Selangor telah mengumumkan kolaborasi bersama syarikat Haro Sports & Entertainment dengan objektif untuk menghubungkan Selangor FC dengan SUPER GT Malaysia bagi musim 2025/26.
Dalam pada itu, difahamkan kerjasama itu juga bertujuan untuk memberikan pengalaman baharu kepada kedua-dua industri sukan tersebut serta meluaskan lagi nama kelab di persada antarabangsa.
SUPER GT yang merupakan kejohanan sukan lumba kereta yang berpusat di Jepun akan berlangsung sebanyak lapan kali dalam masa satu tahun, tujuh daripadanya akan dipertandingkan di Jepun, manakala satu lagi pertandingan akan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang pada 26 - 28 Jun.
Namun, acara ini tidak akan berjaya dilakukan tanpa Haro Sports & Entertainment selaku penganjur tempatan yang akan menggabungkan Selangor FC dan SUPER GT Malaysia bagi memastikan perkongsian eksklusif dalam dua dunia sukan yang berbeza.
Ketua Pegawai Eksekutif Selangor, Dr Johan Kamal Hamidon, menyifatkan kolaborasi itu akan dimanfaatkan dengan pertukaran idea dalam aspek komersial dan juga kreatif dengan menwujudkan konten yang mampu meluaskan nama kelab dan sukan bola sepak Malaysia serta industri sukan perlumbaan permotoran.
Kolaborasi Haro Sports & Entertainment dan SUPER GT bersama keluarga Merah Kuning sekaligus akan menjadi simbol perpaduan dalam sukan bola sepak dan sukan permotoran.