Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor, Dr Johan Kamal Hamidon, memaklumkan semua pihak di peringkat kelab sentiasa berusaha keras demi memastikan ‘The Red Giants’ berada pada tahap terbaik dan konsisten sepanjang musim 2025/26.
Meskipun sedar ianya bukan tugasan mudah, dia bagaimanapun yakin skuad kendalian Kinoshi Katsuhito mampu mencapai sasaran yang ditetapkan iaitu menempatkan diri dalam kelompok dua pasukan terbaik Liga Super, mara ke final Piala FA dan Piala Malaysia disamping layak ke pusingan kalah mati kejohanan di peringkat Asia dan ASEAN nanti.
"Semestinya daripada segi keputusan kami mahukan kejayaan, tetapi kami perlu realistik dengan kejohanan yang ada.
"Buat masa ini untuk dua musim lalu kami konsisten untuk rapatkan jurang dengan juara, jadi ia sesuatu yang kami perlu kekalkan dan dekatkan diri dengan pendahulu liga.
"Sasaran masih sama iaitu berada dalam kelompok kedua liga, mara ke final Piala FA dan Piala Malaysia. Mara ke peringkat kalah mati di pentas Asia. Ia tidak mudah kerana persiapan pasukan lain juga bagus." katanya.
Untuk rekod, kali terakhir Selangor menjuarai Liga Super ialah pada edisi 2010, Piala FA 2009 serta Piala Malaysia 2015.