Skip to main content

Bola Sepak

Selangor hanya cemerlang selama 30 minit -- Neitzel

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

karsten-neitzel.jpg
Ketua jurulatih Selangor FC, Karsten Neitzel, berkata pasukannya kelihatan hampir sempurna sepanjang 30 minit pertama perlawanan menentang PDRM hujung minggu lalu tetapi tidak bagi 60 minit selepas itu.

Selangor meraih kemenangan tipis 1-0 dalam perlawanan pramusim itu hasil sentuhan pemusnah Shahrel Fikri Md Fauzi tetapi gagal menambah jaringan biarpun memiliki beberapa peluang berharga.

Seterusnya, skuad Gergasi Merah itu akan menghadapi dua lagi perlawanan persahabatan menentang Petaling Jaya City FC dan Kuala Lumpur United FC sebelum saingan Liga Super membuka tirai pada 5 Mac ini.

Mengulas mengenai keadaan terkini pasukannya, Neitzel berkata kepada Nadi Arena: "Kami akan menentang PJ City dan seterusnya pada Sabtu ini, kami akan bertemu Kuala Lumpur.

"Saya dapat melihat 30 minit pertama yang amat baik (menentang PDRM) tetapi kami terlepas untuk menambah satu atau dua gol lagi.

"Maknanya, selepas 30 minit, ada penurunan daripada segi konsentrasi dan  fizikal tetapi kami akan memperbaikinya dalam dua minggu ini," katanya.

Neitzel, dalam pada itu, berasa lega apabila penyerang barunya, Shahrel Fikri, dapat menemui sasaran dalam perlawanan itu sambil menyifatkannya sebagai petanda baik untuk pemain yang mesra disapa Eky itu meneruskan momentum cemerlangnya selaku penjaring kedua terbanyak Liga Super musim lalu.

"Sebagai sorang penyerang, sudah pasti jaringan gol itu penting buat Eky kerana dia sememangnya amat rajin, sama seperti pemain Selangor lain.

"Saya harap dia dapat meningkatkan keyakinan dirinya dengan jaringan itu dan harap-harap dia dapat terus seperti itu," tambahnya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video