Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor, Datuk Seri Shahril Mokhtar, mengakui kelab itu sedang bertungkus-lumus dalam mencari penyelesaian terbaik untuk bersaing hebat musim depan.
Shahril menganggap pasukan itu gagal mencapai indeks prestasi utama (KPI) musim lalu berikutan kegagalan mereka di pentas Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2).
Mereka sekali lagi mendapat mandat untuk mengisi slot kejohanan itu musim depan, dan kali ini, pihak pengurusan kelab itu mahu The Red Giants lebih bersedia bersama ketua jurulatih baru, Katsuhito Kinoshi.
Dengan perubahan berskala besar melibatkan baris pemain import dan pemain tempatan, di mana tiada lagi kelibat pemain seperti Yohandry Orozco, Nikola Jambor, Ali Olwan, Alex Agyarkwa dan Safwan Baharudin musim depan, ia menunjukkan Selangor serius untuk bersaing merebut kedudukan utama.
"Saya berterus-terang, kami perlu merombak pasukan melibatkan beberapa pemain import dan tempatan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.
"Ia kerana, daripada segi teknikal dan prestasi yang kami lihat musim lalu, ia agak mengecewakan.
"Pemain tidak dapat bersaing dalam liga lebih besar seperti dalam ACL2, terutama pemain luar negara yang bermain untuk Selangor.
"Jadi, sudah sampai masa untuk merombak pemain luar di Selangor dan disebabkan itu, hanya beberapa pemain luar yang akan dikekalkan dan kelab kini sedang aktif mencari pengganti.
"Kami sudah memulakannya beberapa minggu lalu dan Insya-Allah ia akan diselesaikan dalam tempoh sebulan ini," katanya lagi.