Selangor FC meraih tiga mata beraksi di laman sendiri dalam saingan Liga Super selepas melakar kemenangan ke atas Sri Pahang FC dalam saingan Liga Super, sebentar tadi.
Skuad kendalian Michael Feichtenbeiner mendominasi corak permainan dalam separuh masa pertama apabila melancarkan serangan demi serangan ke arah kubu pertahanan Pahang.
Jaringan pembukaan terhasil pada minit ke-37 menerusi jaringan awang import Gergasi Merah Kuning, Caion yang berjaya menyambar hantaran silang daripada pertahanan kanan, Quentin Cheng.
Gerakan permainan yang lebih agresif daripada Selangor menjadi sajian separuh masa kedua, Selangor berjaya menggandakan kedudukan menerusi Hyuri Henrique yang melepaskan percubaan deras menewaskan penjaga gol Sri Pahang, Mamadou Samassa.
Sri Pahang bagaimanapun berjaya mengurangkan defisit jaringan menerusi percubaan yang disempurnakan oleh Nor Azam Azih pada minit ke-63.
Kebangkitan skuad Tok Gajah itu bersifat sementara apabila Yazan Al-Arab menutup tirai kemenangan Selangor dengan gol ketiga pasukan memastikan kemenangan memihak Selangor.
Sementara itu, Terengganu FC (TFC) melepasi halangan pertama dalam kempen Piala FA selepas menumpaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) 2-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini sebentar tadi.
Kemenangan tersebut menyaksikan skuad kendalian Nafuzi Zain bakal bertemu Kedah Darul Aman dalam pusingan kedua.