Skip to main content

Bola Sepak

Selangor FC dedah Boakye alami kecederaan kepala

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

okaye.jpg
Penyerang baharu Selangor FC, Richmond Boakye dilaporkan mengalami kecederaan kepala, cerebral concussion ketika aksi Liga Super menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim pada Sabtu.

Susulan kecederaan itu, pemain kelahiran Ghana itu mungkin terlepas aksi pertama Piala Malaysia berdepan PDRM di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Khamis.

Selangor FC dalam satu kenyataan di laman sosial memaklumkan bahawa Boakye sudah pulih daripada simptom dan tanda-tanda cerebral concussion.

“Richmond Boakye dikeluarkan awal semasa perlawanan menentang JDT setelah mengalami kecederaan kepala, cerebral concussion,” ujar Selangor FC menerusi catatan di Facebook.

Kenyataan itu menyebut, pihaknya mengikut prosedur perubatan bagi kecederaan tersebut apabila pemain berkenaan dikeluarkan daripada perlawanan serta-merta bagi pemantauan, pemeriksaan dan rawatan lanjut.

“Setelah diteliti dan melalui prosedur yang ditetapkan, dia sudah pulih daripada simptom dan tanda-tanda cerebral concussion serta pemeriksaan lanjut menunjukkan tiada kecederaan lain.

“Pengurusan kecederaan dan proses fasa pemulihannya akan dipantau rapi oleh pasukan perubatan sukan kelab,” ujar Selangor FC.

Kecederaan yang dialami Boakye menyaksikan dia digantikan dengan Quentin Cheng pada minit ke-17 dengan perlawanan tersebut dimenangi skuad Harimau Selatan 2-0.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video