Skip to main content

Bola Sepak

Selangor didenda RM100 ribu, dipotong tiga mata, bakal beraksi tanpa penonton bertemu JDT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

selangor.jpg
Ahli Lembaga Pengarah Malaysian Football League (MFL) telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan kes ketidakhadiran Selangor ke Perlawanan Sumbangsih yang juga aksi pertama Liga Super pada 10 Mei 2024 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim.

Selepas mengambil pertimbangan pada setiap faktor kes itu, ahli lembaga pengarah yang menghadiri mesyuarat itu sebulat suara membuat keputusan berikut;

1. Denda sebanyak RM100,000.
a. Wang denda ini akan disumbangkan kepada badan kebajikan yang akan diputuskan kelak.

2. ⁠Bayaran pampasan kerugian yang ditanggung pasukan tuan rumah JDT dan MFL.
a. MFL akan mengumpul maklumat dan kos yang dikemukakan oleh JDT dan Sekretariat MFL sebelum diserahkan kepada Selangor FC untuk semakan dan perbincangan selanjutnya.

3. Pemotongan tiga (3) mata dalam pertandingan Liga Super 2024-2025.

4. Perlawanan Liga Super (LS14) melibatkan Selangor FC menentang JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya akan dimainkan tanpa penonton.
a. Operasi perlawanan ini akan dilaksanakan dengan kerjasama antara MFL dan Selangor FC dengan syarat kemasukan wakil-wakil terpilih kedua-dua kelab yang akan diselaraskan untuk kehadiran pada hari perlawanan.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video