Selangor bakal uji tiga pasukan Asia dalam kejohanan empat penjuru?

Muzaffar Musa
April 15, 2024 16:09 MYT
Selangor dikhabarkan akan mengadakan kejohanan mini pramusim melibatkan tiga pasukan dari rantau Asia.
Kejohanan itu dijangka akan berlangsung selama dua hari pada 26 dan 28 April ini.
Difahamkan juga perlawanan itu akan diberi nama Cabaran Asia Selangor 2024 dan akan berlangsung di Stadium MBPJ, yang baru sahaja selesai proses naik taraf bagi saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) musim ini.
Selangor dijangka akan mengumumkan butiran mengenai kejohanan mini itu dalam masa terdekat.
#bola sepak #Liga Super Malaysia #Selangor FC
;