Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor, Datuk Seri Shahril Mokhtar, berkongsikan Selangor akan menghantar rayuan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung hukuman yang diberikan sebelum ini.
Berdasarkan mesyuarat khas Jawatankuasa Tatatertib FAM kali pertama penggal 2025/29 semalam menjelaskan pasukan dari Lembah Klang itu diberikan hukuman beraksi tanpa penyokong untuk dua perlawanan membabitkan Piala FA serta dikenakan penalti RM100,000.
Selangor dirujuk kepada Tanggungjawab Bagi Kelakuan Penonton (Artikel 70, Perenggan 1 dan Perenggan 3 Kod Tatatertib FAM) dan Penganjuran Perlawanan (Artikel 68 Kod Tatatertib FAM) yang dibaca bersama Kegagalan Mematuhi (Artikel 69 Kod Tatatertib FAM) pada perlawanan suku akhir kedua Piala FA bertemu Negeri Sembilan di Kelana Jaya pada Rabu, 29 Oktober lalu.
"Selangor akan buat rayuan." katanya Shahril seperti dilaporkan wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, malam tadi.

Selangor akan buat rayuan - DS Shahril Mokhtar pic.twitter.com/l6bgMdip5m
— FinaNasrom (@fnasrom) November 15, 2025