Capo Ultras Malaya, Mohd Ridzuan Ahmad, atau lebih dikenali sebagai Lekir mengucapkan selamat tinggal buat Ultras Malaya (UM) selepas 17 tahun bersama.

Dia -- yang terkenal dengan mengenakan topi merah ketika mengetuai sorakan -- menjelaskan bahawa sudah tiba masanya UM tanpa dirinya dengan menjelaskan bahawa sudah tiba masanya mengundurkan diri.

"SaLaMULaNGTaHuN ke-17 ULTRAS MALAYA (2007 - 2024) UNTIL THE LAST REBEL ,DEMI MALAYSIA.

"Assalamualaikum wbt. Sampai sudah masa utk saya memulangkan semula nama Ultras Malaya (UM), Sebuah Gerakan Anak Bangsa yg saya tumpahkan seluruh jiwa raga selama ini hingga menjadi sinonim dgn diri.





"Menoktahkan langkah semasa KOMPLOT UM Jun lalu, meleraikan segala yg berkaitan dgn Gerakan ini. Dengan 11sub bersuara secara kolektif di kedepan ini, UM terus menjadi paksi ke12 Harimau Malaya.

"Kini masa utk UM tanpa saya, saya tanpa UM. Apa saje yg berlaku sepanjang dari titik awal transformasi HarimauMalayadotCom (HMC) ke gerakan secara fizikal Ultras Malaya.

"Saya mohon ampun & maaf andai ada tersalah kata tersilap bicara tercanggung urus terjelek perbuatan. Segala pahit manis yg berlaku adalah asam garam naik turun sebuah Gerakan.

"Telah merasa di puncak
Sudah merasa diinjak
Tidak ada apa yg mau dikejarkan,
Tidak ada apa yg mau disesalkan,
Tidak ada apa yg mau didendamkan.

"MASA SUDAH SAMPAI. Ini semua adalah Ceritera Sebuah Perjalanan. Terimakasih semua komrad atas kesudian utk kebersamaan selama ini."

-Terima kasih Ultras Malaya- DEMI SEBUAH CINTA BERNAMA MALAYSIA AKU & BOLASEPAK" katanya menerusi laman Facebook.