Skip to main content

Bola Sepak

Selamat tinggal Liga Super! Perak sahkan tidak mohon pelesenan kelab

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

perak-say-goodbye.jpg
Perak tidak akan beraksi dalam Liga Super musim depan apabila pengerusi kelab itu, Datuk Seri Azim Zabidi, mengesahkan pihaknya tidak membuat permohonan lesen kebangsaan.

Dalam temubual bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Azim mengesahkan tiada sebarang dokumen dihantar kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sehingga tarikh akhir permohonan pada Sabtu lalu.

Status Perak sama ada kekal beraksi atau sebaliknya musim depan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan peminat.

Ia susulan MFL mengesahkan semua pasukan Liga Super sudah membuat permohonan lesen kebangsaan ketika Azim pula mengesahkan The Bos Gaurus terpaksa menarik diri.

Ia gara-gara kemelut kewangan yang dialami kelab berkenaan dan pendirian mereka tidak berubah menerusi pengesahan Azim hari ini.

"Setahu saya Perak tidak masuk (Liga Super musim depan) dan kami tidak hantar apa-apa dokumen.

"Dokumen itu perlu membuktikan yang anda memiliki kewangan dan tiada masalah pembayaran gaji, kami tiada semua itu.

"Mungkin maksud mereka semua pasukan yang akan beraksi musim akan datang," katanya.
 

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video