BOLA SEPAK MSIA

Selamat pulang! Tan Cheng Hoe kembali ke pangkuan Harimau Malaya!

Stadium Astro
Muzaffar Musa
15/04/2025
09:59 MYT
Sponsor Banner
Selamat pulang! Tan Cheng Hoe kembali ke pangkuan Harimau Malaya!
Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Yusoff Mahadi, mengesahkan bekas ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, kembali ke Kelana Jaya dengan tugas berbeza.
Tanpa mendedahkan lebih lanjut mengenai tugas sebenar yang akan dipikul Cheng Hoe, Yusoff percaya kepulangan semula individu berusia 56 tahun itu mampu menjadi nilai tambah buat skuad kebangsaan.
Tambahnya, Cheng Hoe sudah memulakan tugas barunya bersama badan induk itu sejak seminggu lalu.
Difahamkan, bekas pengendali Kedah itu kini memikul tugas selaku Pengarah Teknikal Harimau Malaya.
Sebagai rekod, Cheng Hoe membimbing skuad kebangsaan dari 2018 hingga 2022.
"Saya cuma boleh beri jawapan yang Tan Cheng Hoe memang sudah berada dalam pasukan kebangsaan ketika ini," kata Yusoff kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.
"Tetapi untuk lebih butiran, anda boleh hubungi Setiausaha Agung FAM (Datuk Noor Azman Rahman).
"Secara peribadi, saya menganggap akan ada kesan baik yang akan berlaku kerana kita tahu Tan Cheng Hoe bekas ketua jurulatih kebangsaan dan kita kini memiliki barisan jurulatih baru dari luar negara.
"Jadi kombinasi ini mungkin boleh menguatkan dan membantu, mungkin Tan Cheng Hoe boleh memberikan maklumat yang diperlukan oleh pasukan kejurulatihan negara dalam memperkemaskan skuad kebangsaan dengan pantas," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video