'Itu semua khabar angin yang saya akan ke Liga 1 Indonesia, sejujurnya saya belum tahu lagi mengenai status saya bersama JDT kerana masih belum ada perbincangan mengenai lanjutan kontrak'
Itulah kenyataan terakhir pertahanan kebangsaan Indonesia, Jordi Amat, ketika ditemu bual selepas sambutan Pesta Kejayaan JDT 'The Chapter 2: The 11' di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), bulan lalu.
Namun, khabar angin mengatakan bahawa pemain berusia 33 tahun itu bakal berhijrah keluar dari Johor Darul Ta'zim (JDT) kembali hangat apabila ada spekulasi dia bakal kembali ke Eropah.
Untuk rekod, Jordi Amat pernah berkelana dalam saingan utama Sepanyol, LaLiga, dan beraksi bersama Real Betis dan Rayo Vallecano sebelum dibeli oleh Harimau Selatan pada 2022.
Meskipun belum dipastikan hala tuju sebenar sama ada pulang ke Indonesia atau Eropah, Jordi Amat seakan benar akan meninggalkan juara Liga Super 11 kali berturut-turut itu.
Pemain golf profesional, Muhammad Zafran Abdullah, mengucapkan selamat tinggal sambil menitip pesanan buat individu tersebut menerusi Instagramnya.
"Saya sangat berbesar hati mengenali anda sebagai teman dan anak murid.
"Saya mendoakan yang terbaik buat karier anda untuk pulang semula ke Sepanyol.
"Selamat tinggal Jordi Amat," tulisnya.