LIGA SUPER MSIA
Selamat datang Hafizul Hakim -- KL City
Kuala Lumpur City mengesahkan ketibaan bekas penjaga gol kebangsaan, Hafizul Hakim selepas lengkapkan perpindahan dari Harini FT untuk musim 2024/25.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Hafizul Hakim merupakan bekas penjaga gol kebangsaan bagi skuad Malaysia di kempen Piala AFF edisi 2018 di mana Malaysia muncul naib juara selepas tewas kepada Vietnam dengan agregat 2-3.
Mengenai perpindahan Hafizul, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam ada memuat naik satu hantaran di aplikasi 'X' malam tadi tentang perkhabaran itu.
Bekas penjaga gol kebangsaan Hafizul Hakim kembali ke Liga Super apabila difahamkan menyertai KL City dari Harini FT untuk musim 2024/25. ??@ASTROARENA pic.twitter.com/BRH2dJu8bV
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) March 27, 2024
Selain Harini FT, penjaga gol berusia 30 tahun ini sebelum ini pernah beraksi untuk Penang FC (2022), Perak FC (2016-2021) dan juga Melaka United pada musim 2015.