Siapakah Celso Bermejo?
Penyerang berusia 20 tahun itu difahamkan merupakan import baharu buat Johor Darul Ta'zim (JDT) II mengharungi kancah amatur, Liga A1 Semi-Pro, musim ini.
Bermejo merupakan bekas pemain Villarreal C dan pernah menyarung jersi Cadiz B. Menurut transfermarkt, skuad pelapis Harimau Selatan itu menandatangani dia secara percuma.
Bermejo bernombor 99 merekodkan penampilan pertamanya bersama skuad kendalian Josep Ferre dalam aksi pertama semalam.
JDT II yang juga merupakan pemenang Piala MFL musim lalu berjaya membawa pulang tiga mata penuh meskipun meraih kemenangan tipis 1-0 berdepan Universiti Malaya (UM)-Damansara di Stadium UM Arena, Kuala Lumpur, petang semalam.
Rembatan Alif Mutalib menjamin kemenangan pertama pelawat pada minit ke-80 dihiasi dengan cuaca hujan lebat.
Selain Bermejo, beberapa tonggak senior seperti Nathaniel Shio Hong Wan dan bintang Harimau Malaya, Mohamadou Sumareh dan Junior Eldstal, turut disenaraikan selaku kesebelasan utama.
Bekas tonggak Sri Pahang, Ibrahim Manusi, juga melakukan debut buat JDT II.

???? ?? ???? ??? ????/??
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) August 10, 2025
Starting Line-up
UM-DAMANSARA UNITED vs JOHOR DARUL TA'ZIM II
JDT: Zulhilmi Sharani, Shafizan Arshad, Aysar Hadi (c), Danish Hakimi, Alif Ahmad, Junior Eldstål, Hong Wan, Mohamadou Sumareh, Ibrahim Manusi, Enzo Lombardo, Celso… pic.twitter.com/Mqx64RHa1t