Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya saksi usaha murni KPM

Ammar Hakim
November 8, 2024 19:03 MYT
Padang Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya menjadi saksi kepada usaha murni Kementerian Pendidikan Malaysia melalui perlawanan persahabatan bola sepak.
Perlawanan yang berlangsung semalam menjadi langkah kanan buat KPPM apabila berjaya bangkit dari ketinggalan 1-2 pada babak pertama, sekaligus meraih kemenangan dengan keputusan akhir 3-2.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, yang turut menyaksikan perlawanan itu berkongsi mengenai program tersebut yang diharap menjadi usaha yang sangat baik untuk memupuk ukhwah sesama organisasi dalam KPM.
Turut hadir sama ialah Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara dan Wong Kah Woh, Timbalan Menteri Pendididkan Malaysia serta warga SAS yang menjadi tuan rumah dan tukang sorak kepada pasukan KPPM dan KSU.

Perlawanan Bola Sepak Persahabatan antara KPPM dan KSU di bawah seliaan Kementerian Pendidikan tamat dengan keputusan 3-2 memihak KPPM. Program ini berlangsung pada Khamis dan turut dihadiri oleh KSN, Menteri Pendidikan dan Timb. Menteri Pendidikan di Padang SAS!@ASTROARENA pic.twitter.com/9EOk4b9VhG

— ZAKI ZAINAL (@_ZakiZainal) November 8, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #KPM
;