Kepulangan Rodrigo Holgado ke Malaysia 'disukai' peminat America de Cali?
Malah, ada yang mahu supaya penyerang berusia 29 tahun itu kekal di Malaysia dan minta supaya jangan kembali ke kelab tersebut.
Menerusi satu hantaran rasmi pasukan itu, sejurus bintang warisan Harimau Malaya itu menerima panggilan pertiwi menghadapi perlawanan persahabatan tier 1 menentang Singapura dan Palestin, komen negatif daripada penyokong America de Cali mula membanjiri mengusir Holgado keluar daripada kelab itu.
Pemain kelahiran Argentina itu berdepan kecaman hebat tatkala dipanggil menyertai skuad kendalian Peter Cklamovski.
Ada yang tidak senang duduk melihat Holgado menyarung jersi skuad kebangsaan.
Rodrigo Holgado meletakkan keutamaannya untuk menyarung jersi Harimau Malaya, dijangka terlepas pertemuan timbal balik pusingan 16 Copa Colombia membabitkan America de Cali menentang Atletico Bucaramanga dan aksi liga berdepan Deportivo Cali.
Sebelum ini, dia juga menerima kritikan sama sewaktu menyahut seruan kebangsaan ketika kali pertama bermain untuk Malaysia bertemu Vietnam dalam pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027, Jun lalu.
Menurut statistik, kali terakhir Holgado menjaringkan gol dengan kelabnya adalah pada 28 April yang lalu.
Ini bermakna sudah empat bulan Holgado tak menjaringkan gol di kelabnya.

?? Nuestro delantero Rodrigo Holgado hace parte de los convocados por la @FAM_Malaysia para enfrentar a Singapur y Palestina en Malasia. ⚽? pic.twitter.com/wgjq1XHKqh
— América de Cali (@AmericadeCali) August 29, 2025