Kali terakhir pemain kebangsaan Indonesia, Jordi Amat, membuat penampilan bersama juara 11 kali berturut-turut Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) ketika menentang Kedah pada 29 Mac lalu.
Menurut laman sesawang Transfermarkt, kontrak pertahanan berusia 33 tahun itu bakal berakhir pada 31 Mei depan, dan spekulasi mengenai perpindahan Jordi Amat kembali ke negara jiran semakin bertiup kencang.
Namun, status bintang Sang Garuda itu masih belum diketahui.
Ketika ditemui selepas sambutan Pesta Kejayaan JDT 'The Chapter 2: The 11' di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) oleh media tempatan, Jordi Amat menafikan khabar angin tersebut, malah terkejut dengan berita itu sambil mengakui tidak tahu akan perkara itu.
"Itu semua khabar angin yang saya akan ke Liga 1 Indonesia, sejujurnya saya belum tahu lagi mengenai status saya bersama JDT kerana masih belum ada perbincangan mengenai lanjutan kontrak untuk kekal dalam skuad Harimau Selatan.
"Ini kerana kami sebagai pemain dan juga pihak pengurusan begitu sibuk pada minggu ini tatkala membuat persiapan untuk final Piala Malaysia dan saya menghormati pihak pengurusan dan minggu depan saya akan ketahui maklumat berhubung status kontrak dan kita tunggu sahaja," katanya kepada Arena Metro.