Nama Selangor kian melonjak di persada dunia! Mercu tanda baharu bola sepak negeri.
Buat kali pertama dalam sejarah, Jordan berhasil ke Piala Dunia 2026 selepas menduduki tempat kedua di belakang Korea Selatan saingan Kumpulan B pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia.
Hatrik daripada penyerang, Ali Olwan, berjaya menewaskan Oman untuk naib juara Piala Asia 2023 itu melakar rekod membanggakan untuk bertanding dalam pentas tertinggi dunia.
Apa yang lebih menarik, dua pemain Selangor merupakan sebahagian daripada skuad itu dan menjadi wakil bintang Liga Super untuk bermain di Amerika Syarikat (AS) tahun hadapan.
Noor Al-Rawabdeh serta Mohammad Abualnadi bakal menjadikan Selangor terkenal di mata dunia termasuk tonggak penting Jordan di bawah kendalian Jamal Sellami.
Meskipun Noor Al-Rawabdeh mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) dan jarang beraksi musim lalu, namun namanya tetap dirindui peminat Gergasi Merah atas kelincahan mengawal bahagian tengah padang.
Abualnadi pula membuat 12 penampilan bersama naib juara Piala FA 2024 itu.
Kedua-dua pemain ini bakal kekal di Selangor seperti laporan Stadium Astro oleh Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor, Datuk Seri Shahril Mokhtar, sebelum ini.
Sementara itu, bekas pertahanan skuad kendalian Katsuhito Kinoshi juga, Umar Eshmurodov, yang bergandingan bersama bintang Manchester City, Abdukodir Khusanov, juga membawa negara mereka, Uzbekistan, mara ke Piala Dunia 2026.
Tidak dilupakan, Yazan Al-Arab selaku ketua pasukan Jordan juga pernah bermain untuk Selangor dan kelibat Mahmoud Al-Mardi yang bermain untuk Kedah sebelum ini juga tersenarai.

10/48 ✅
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) June 5, 2025
Who will be the next team to qualify for #FIFAWorldCup 26? pic.twitter.com/fVhbaMF8Ve
Noor Al-Rawabdeh serta Mohammad Abualnadi bakal menjadikan Selangor terkenal di mata dunia termasuk tonggak penting Jordan di bawah kendalian Jamal Sellami.
Meskipun Noor Al-Rawabdeh mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) dan jarang beraksi musim lalu, namun namanya tetap dirindui peminat Gergasi Merah atas kelincahan mengawal bahagian tengah padang.
Abualnadi pula membuat 12 penampilan bersama naib juara Piala FA 2024 itu.
Kedua-dua pemain ini bakal kekal di Selangor seperti laporan Stadium Astro oleh Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor, Datuk Seri Shahril Mokhtar, sebelum ini.
?? ?????? have made history, qualifying for the FIFA World Cup for the very first time. pic.twitter.com/I2KcOUgwv8
— The Asian Game (@TheAsianGame) June 5, 2025