Skip to main content

Bola Sepak

'Sejak jadi pemain Indonesia, dia fikir dia bintang dunia'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mees_1.jpg
Bekas pemain Twente, Kenneth Perez, beranggapan pemain warisan baru Indonesia, Mees Hilgers, sebagai 'tidak waras' selepas pemain itu mempamerkan aksi kurang memberansangkan Ketika pasukannya tewas 0-2 kepada Ajax Amsterdam, Ahad lalu.

Dia beranggapan gol pertama yang dijaringkan bekas perancangan Liverpool, Jordan Handerson, pada minit ke-20 adalah hasil kesilapan daripada Hilgers.



 

"Gol itu terhasil daripada pelanggaran, maaf untuk mengatakannya, si bodoh Hilgers. Entah apa yang terjadi pada dia sejak menjadi pemain kebangsaan untuk Indonesia. Dia pikir dia bintang dunia.

“Pemain pertahanan perlu menggunakan otak walaupun anda mahu tunjukkan betapa kuatnya diri anda. Gunakannya pada masa yang sesuai. Hilgers memang tidak waras,” tegas Perez seperti yang dilaporkan media Indonesia.

Advertisement

Must Watch Video