'Segala cadangan dibuat dengan niat murni untuk membantu memperkukuh skuad kebangsaan serta membuka peluang kepada bakat-bakat berdarah Malaysia di luar negara untuk berkhidmat kepada tanah air'
Giliran Tengku Muda Pahang (TMP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah, menjelaskan situasi berkenaan skandal bola sepak negara melibatkan denda daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta penggantungan tujuh pemain warisan.
Dalam satu kenyataan bebas, bekas pemilik Sri Pahang itu berkongsikan tentang pandangan dan sumbangan baginda dalam industri bola sepak, terutamanya misi memperkasa skuad kendalian Peter Cklamovski untuk bersaing di peringkat tertinggi.
Dalam masa sama, Tengku Abdul Rahman juga meluahkan rasa keterujaannya melihat visi Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menerusi kepimpinannya mendatangkan hasil kejayaan besar buat Johor Darul Ta'zim (JDT), sekali gus menyumbang kepada kemajuan bola sepak Malaysia.
"Antara pemain yang pernah saya syorkan kepada FAM termasuklah tujuh pemain warisan yang kini terlibat dalam siasatan dan sekatan oleh FIFA.
"Untuk makluman, ke semua tujuh pemain terbabit merupakan warganegara Malaysia yang sah melalui proses yang sah dan teratur mengikut peruntukan undang-undang negara.
"Sebelum ini, pasukan Pahang juga pernah terlibat dalam proses naturalisasi beberapa pemain seperti Mohamadou Sumareh, Sergio Aguero dan Lee Tuck.
"Usaha tersebut dilaksanakan dengan bertujuan memperkuat pasukan Harimau Malaya serta memberi lebih banyak pilihan taktikal kepada barisan kejurulatihan," katanya.

?TMP dedah pemain yang pernah disyorkan kepada FAM termasuk 7 pemain warisan yang kini sedang dalam siasatan FIFA, namun menegaskan semua pemain terbabit mendapat kewarganegaraan Malaysia secara sah di bawah undang-undang negara. ✔️??@ASTROARENA pic.twitter.com/QHAnPemTBp
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) October 24, 2025