BOLA SEPAK
Segalanya bergantung kepada pemain lain untuk sesuaikan diri dengan Messi
Lionel Messi kekal sebagai pemain bola sepak terbaik di dunia dan segalanya bergantung kepada rakan sepasukannya di Barcelona untuk bermain mengikut kekuatan penyerang itu, menurut pemain tengah Frenkie de Jong.
Pemenang Ballon d'Or enam kali itu belum sepenuhnya menyesuaikan diri dengan sistem bos baru Ronald Koeman 4-2-3-1, gagal menjaringkan gol daripada permainan terbuka dalam enam perlawanan musim ini.
Dia juga hanya mencipta satu peluang di LaLiga musim ini, dengan produk akademi Ansu Fati -- lima gol dan satu assist dalam semua pertandingan -- mencuri perhatian.
Iklan
Tetapi bagi De Jong, yang telah berjaya dalam peranan di bahagian tengah yang lebih dalam di bawah kendalian Koeman, menegaskan bahawa ia terpulang kepada yang lain dalam skuad Barca bagi memastikan Messi di kedudukan terbaik untuk menghasilkan magisnya..
"Apabila anda mempunyai Messi dalam pasukan anda, sudah tentu anda mempunyai pemain terbaik dunia dalam pasukan anda," katanya.
"Anda cuba untuk mendapatkan dia ke dalam kedudukan yang terbaik untuk membuat perbezaan dan saya fikir kita perlu menyesuaikan diri dengannya.
— FC Barcelona (@FCBarcelona) October 24, 2020"Apabila dia menerima bola dalam kedudukan di mana dia boleh membuat perbezaan, dia akan membuat sesuatu untuk anda, sentiasa."
— Frenkie de Jong (@DeJongFrenkie21) October 21, 2020Barca kembali dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Juventus awal pagi Khamis ini di Turin.
Must-Watch Video