Skip to main content

Bola Sepak

Sedikit hilang ketajaman tapi sudah tidak sakit -- Holgado kembali beraksi di Colombia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rodrigo-holgado.jpg
Penyerang warisan Harimau Malaya, Rodrigo Holgado, kembali beraksi ketika kelabnya, America de Cali, menewaskan Tigres 1-0 dalam aksi Piala Colombia semalam.

Pemain berusia 30 tahun itu tidak beraksi dalam beberapa perlawanan peringkat kelab gara-gara kecederaan dan dia kembali diturunkan sebagai pemain gantian pada minit ke-59 perlawanan kali ini.

Dalam perlawanan itu, Yerson Candelo muncul wira pelawat dengan jaringannya pada minit ke-81 walaupun mereka terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Luiz Alejandro Pas Mulato dibuang padang pada minit ke-50.

"Saya agak hilang ketajaman tetapi rasa baik secara fizikal," kata Holgado selepas tamat perlawanan berkenaan.

"Perkara yang paling penting ialah tiada lagi kesakitan."
 

Advertisement

Must Watch Video