Skip to main content

Bola Sepak

Sebelum ini mereka mempunyai tujuh pemain warisan tapi... - Kiran Chemjong

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mas.jpg

Penjaga gawang utama Nepal, Kiran Chemjong, melihat skuad Harimau Malaya tetap mempunyai kualiti tersendiri meskipun tanpa tujuh pemain warisan.

Pemain berusia 35 tahun yang telah mengumpul 107 kaps bersama skuad kebangsaan Nepal itu menyatakan anak buat Peter Cklamovski pasukan yang mapan susulan mempunyai liga yang baik berbanding negaranya itu.

Advertisement

Malaysia mengungguli saingan Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027 dengan 12 mata daripada empat perlawanan tanpa sebarang keputusan tewas.

 


 

 

"Sebelum ini mereka mempunyai tujuh pemain warisan dan banyak pemain yang hebat tetapi kini tanpa mereka. Saya fikir pemain tempatan mempunyai kualiti. Pasukan yang kuat dan mereka bermain dalam liga yang berkualiti di sini.




 

"Pada akhirnya kami bersedia dan tidak akan mengulangi kesilapan sama.

Tidak ada liga di Nepal dan India. Tanpa saingan liga, ia amat sukar buat para pemain terutamanya apabila mereka turut tidak mempunyai gaji." katanya.

 

Football

Sepak Padu Dengan Puma

Ringan, power dan bergaya - kasut bola Puma untuk semua.


Grab Sekarang

Must Watch Video