Sebastian Munoz dilayang kad merah selepas lepaskan hajat di tepi padang
Saufi Tahir
Ogos 20, 2024 07:55 MYT
Ogos 20, 2024 07:55 MYT
Pemain Atletico Awajun, Sebastain Munoz, diberikan kad merah oleh pengadil perlawanan selepas mengambil tindakan untuk membuang air kecil di luar padang sebelum mengambil sepakan sudut.
Pemain berusia 31 tahun itu menerima layangan kad merah pada minit ke tujuh aksi membabitkan kelabnya berdepan lawan dari Cantorcillo sementara menunggu untuk mengambil sepakan sudut dalam saingan Copa Peru, kelmarin.
Namun, walaupun pemain itu melakukan bantahan tetapi pengadil perlawanan kekal dengan keputusan untuk menghantar pemain itu keluar padang kerana tindakannya yang tidak beretika.