EPL
Scott McTominay pertaruh 100 peratus keyakinan terhadap Erik ten Hag pacu Manchester United
Pemain tengah Manchester United, Scott McTominay, yakin 100 peratus bahawa pengurus, Erik ten Hag, mampu mengubah nasib kelab itu.
Tekanan di bahu bekas pengurus Ajax itu kian memuncak selepas United melakar rekod permulaan terburuk mereka sejak 1962-63.
McTominay menegaskan segala kerja keras oleh pemain dan barisan kejurulatihan akan mula menampakkan hasil.
Iklan
Pemain antarabangsa Scotland itu memberitahu laman sesawang rasmi kelab itu: "Ada banyak lagi perkara yang akan berlaku apabila anda tidak beraksi dengan baik dan tidak memperagakan penampilan yang menarik.

“Saya tahu peminat tidak mahu mendengarnya, mereka melihat berdasarkan keputusan dan persembahan serta saya fikir mereka mahu melihat pemain tersenyum dan gembira.
“Ia tidak begitu berlaku pada masa ini tetapi saya 100 peratus yakin bahawa pengurus mampu mempraktikkannya dan ia boleh menjadi kenyataan.
"Saya yakin mengenainya.”
Must-Watch Video