Kyle Walker mengelak untuk meremehkan Scotland selepas England mempersembahkanan rentak di bawah keupayaan sebenar ketika memerlukan sentuhan penyudah pertahanan itu untuk mengikat Ukraine 1-1.

Namun, Walker menafikan bahawa mereka telah memandang rendah seteru mereka itu dalam Kumpulan C, kelayakan Euro di Poland semalam.

England sebaliknya mahu menjadikan perlawanan persahabatan -- dalam tempoh 18 bulan -- di Hampden Park itu sebagai medan untuk kembali membina momentum kemenangan menjelang Kejohanan Euro di Jerman tahun depan.

Walker memberitahu Sky Sports: “Tidak, tidak sama sekali.

“Saya suka beraksi menentang mereka , lebih-lebih lagi dengan sokongan padu peminat mereka dan suasananya.


“Semoga kami dapat memberikan persembahan yang baik.

“Mereka melakar beberapa keputusan yang baik baru-baru ini jadi ia akan menjadi perlawanan yang sukar.

“Kali terakhir kami ke sana, kami mencatat keputusan seri dalam beberapa minit terakhir menerusi jaringan Harry Kane.

“Jadi mudah-mudahan kami boleh pergi ke sana mempamerkan persembahan yang baik, tetapi ia tidak akan menjadi sekadar aksi persahabatan.”

Gol masa kecederaan Kane memastikan keputusan seri 2-2 dalam kunjungan terakhir England ke Scotland pada 2017.