Skip to main content

Bola Sepak

Scotland, Belgium bergaya ke Piala Dunia 2026

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sc.jpg

Belgium dan Scotland menjadi pasukan terbaru melayakkan diri ke Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico tahun depan.

Belgium tidak berdepan masalah mencipta 'kenduri gol' apabila menewaskan Liechtestei 7-0 di laman sendiri untuk mengungguli saingan peringkat Kumpulan J dengan 18 mata selepas lapan perlawanan.

Advertisement

Jeremy Doku dan Charles De Ketelaere meledak dua gol manakala Hans Vanaken, Brandon Mechele dan Alexis Saelemaeers masing-masing menyumbat satu gol.

Dalam pada itu, Scotland melakar kemenangan dramatik selepas dua gol dalam minit akhir memastikan mereka menempah slot ke kejohanan dunia kali pertama seja 1998.

Anak buah Steve Clarke itu terpaksa bekerja keras berdepan Denmark yang beraksi dengan 10 pemain sebelum kemenangan 4-2 tercipta.




 

Jaringan Scotland hadir daripada Scott McTominay, Lawrence Shankland, Kieran Tierney dan Kenny McLean. Manakala, Rasmus Hojlund dan Patrick Dorgu menempah nama sekali penjaring buat kem Denmark.

Football

Sepak Padu Dengan Puma

Ringan, power dan bergaya - kasut bola Puma untuk semua.
Grab Sekarang

Must Watch Video