PIALA MALAYSIA
Scammer jual tiket dikesan?
Semua penyokong pasukan Terengganu dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan penjualan tiket perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia palsu oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Amaran tersebut dikeluarkan oleh kelab Terengganu FC selepas viral beberapa individu cuba menjual tiket secara dengan harga yang lebih mahal daripada yang sepatutnya terjual secara atas talian rasmi.
Menurut kenyataan tersebut lagi, berita yang turut disebarkan oleh individu itu bahawa kesemua tiket sudahpun habis terjual juga adalah tidak benar sama sekali.
Iklan
"Untuk makluman, tiket perlawanan masih terjual di kaunter-kaunter stadium pada hari ini dan juga esok dengan harga RM20.00 dewasa dan RM10.00 bagi kanak-kanak.
Must-Watch Video