Skip to main content

Bola Sepak

'Saya tidak tertekan, mahu terus bermain bola sepak'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

muller.jpg
Thomas Muller memberikan bayangan bahawa dia mahu meneruskan kariernya di tempat lain selepas beraksi dalam perlawanan terakhirnya Bersama Bayern Munich semalam.

Pemain berusia 35 tahun itu mengedahkan dia bakal meninggalkan Bayern pada penghujung musim ini dengan dia menerima tepukan gemuruh daripada penyokong ketika digantikan dengan Harry Kane ketika aksi berdepan Hoffeinhem di Arena PreZero.

Sejak penampilan sulungnya pada 2008, Muller telah menjaringkan150 gol dan melakukan 211 bantuan jaringan dalam saingan Bundesliga, selain telah merangkul 12 kejuaraan sepanjang 503 penampilannya.

Dia akan beraksi Bersama Bayern dalam saingan Piala Dunia Kelab di Amerika Syarikat nanti sebelum membuat sebarang keputusan mengenai hala tuju masa depannya.



 

"Saya akan mengambil masa saya. Saya tidak berasa tertekan tetapi saya mahu terus bermain bola sepak.

"Saya mempunyai senarai perkara yang saya sedang usahakan." katanya kepada Sky Jerman.

Dia dilaporkan telah menerima tawaran daripada beberapa kelab dan antaranya Los Angeles.

Dia menjadi pemai ke-13 yang melepasi 500 penampilan untuk satu pasukan dalam Bundesliga.

Advertisement

Must Watch Video