Skip to main content

Bola Sepak

Saya tidak punyai masalah peribadi dengan Bellingham -- Thomas Tuchel

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tuchel.jpg
Thomas Tuchel telah menegaskan bahawa 'tiada masalah' antara dia dan Jude Bellingham tetapi memberi amaran kepada bintangnya bahawa tiada jaminan sesiapa akan dipilih untuk England.

Bellingham, Phil Foden dan Jack Grealish adalah nama besar yang terlepas daripada senarai pemain skuad England menjelang perlawanan persahabatan menentang Wales dan kelayakan Piala Dunia di Latvia akhir bulan ini.

Tuchel mengekalkan barisan pemain yang menewaskan Andorra dan membelasah Serbia 5-0 di Belgrade semasa rehat antarabangsa September dengan Bukayo Saka menggantikan rakan sepasukan Arsenal, Noni Madueke ekoran kecederaan.

Ruben Loftus-Cheek mengekalkan tempatnya selepas menggantikan Adam Wharton yang menarik diri bulan lalu kerana kecederaan manakala Jarell Quansah turut dikekalkan kerana Tino Livramento diketepikan kerana kecederaan.

Tetapi tumpuan tidak dapat dielakkan kepada Bellingham, yang telah dipilih sebagai Pemain Terbaik England Khamis lalu namun hanya membuat penampilan pertama musim ini pada 20 September selepas selesai pembedahan bahu.

“Tidak, juga tiada masalah antara saya dan Phil Foden, tiada masalah antara saya dan Jack Grealish,” kata Tuchel.

"Mereka adalah pemain yang sangat istimewa. Phil kembali mempengaruhi permainan, menentukan perlawanan untuk Manchester City. Jack sangat hampir untuk menjadi versi terbaik dirinya -- pemain yang sangat istimewa. Tiada masalah langsung. Tiada masalah peribadi antara saya dan pemain.

"Saya faham tumpuan terhadap Jude sudah tentu. Pertama sekali, dia adalah pemain yang sangat istimewa. Dan untuk pemain istimewa sentiasa ada peraturan khas. Tetapi untuk kem ini kami memutuskan bahawa kami tetap dengan keputusan mudah kami untuk menurunkan barisan pemain yang sama.

"Itu juga berlaku untuk Jude, dia layak sentiasa berada di kem. Saya rasa ada lapisan tambahan di atasnya, situasi yang dia belum mengumpul rentak penuh di Real Madrid. Dia kembali dalam pasukan.

"Dia belum menamatkan satu perlawanan penuh sehingga kini. Dia hanya memulakan satu perlawanan jadi dia pada masa ini dalam tempoh di mana dia mendapat rentaknya, di mana dia kembali ke kekuatan penuh. Terdapat lapisan tambahan ini dalam keputusan tetapi keputusan itu kekal.

"Dia mahu dipanggil. Kami telahpun berhubung menerusi panggilan telefon. Tidak ada isu mengenainya. Dia cuma masih kurang rentak."





 
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video