Xavi menegaskan dirinya tidak berasa 'bersendirian' di sebalik tekanan yang mula menggunung buat jurulatih Barcelona itu.
The Blaugrana mengalami dua kekalahan berturut-turut menjelang perlawanan bertemu Valencia.
Skuad kendalian Xavi menghuni tangga keempat LaLiga selepas ditewaskan 4-2 kepada pendahulu saingan, Girona di laman sendiri, membawa spekulasi mengenai masa depan bekas pemain Barcelona itu di Nou Camp.
Bagaimanapun, Xavi yakin dia mendapatkan sokongan daripada kelab sementara para penyokong melihat pasukan yang dikendalikannya sebagai 'sempurna'.
“Saya tidak pernah rasa keseorangan. Saya rasa seperti saya mempunyai sokongan dan kekuatan dan saya rasa kami boleh mengharungi musim yang hebat,” katanya.
“Peminat berada di belakang pasukan, mereka cukup bersemangat tinggi. Mereka tahu bahawa kami akan memberikan segala-galanya.
“Kami mempunyai hubungan yang hebat, dengan presiden (Joan Laporta), dengan (pengarah sukan) Deco, dengan (naib presiden) Rafa Yuste... Saya percaya lebih daripada sebelumnya dalam projek dan apa yang kami lakukan.
“Kelab memerlukan kestabilan. Kami adalah projek yang menang. Kami adalah juara bertahan La Liga dan Piala Super.”
Ammar Hakim
Sat Dec 16 2023