Scott McTominay berkata dia tidak pernah menyesal meninggalkan Manchester United untuk menyertai Napoli selepas permulaan yang cukup cemerlang di Itali.

Dia telah menjaringkan tiga gol dalam 10 penampilaan bersama kelab Itali itu dalam semua pertandingan, meledak dua kali dalam saingan Serie A untuk membantu mereka menghuni tangga teratas selepas 12 perlawanan.

Hanya Romelu Lukaku menjaringkan lebih banyak gol buat Napoli berbanding dirinya musim ini, manakala McTominay turut merupakan kedua terbanyak daripada menghasilkan peluang terhidang dan menjaringkan dua daripadanya.

Sebelum berhijrah pada hari terakhir jendela perpindahan, McTominay yang meluangkan 22 tahun di United, menyertai akademi pasukan sejak berusia lima tahun dan melakukan penampilan sulung pada Mei 2017.

Pemain kebangsaan Scotland itu telah membuat 255 penampilan bersama skuad senior, menjaringkan 29 gol, termasuk 10 pada musim 2023-24, dan melakukan lapan bantuan jaringan.

Manakala McTominay mengakui meninggalkan United bukan satu keputusan yang mudah, tetapi dia gembira dengan pilihan itu.

"Jelas sekali, ia adalah satu keputusan yang besar, tidak dinafikan. Ia adalah keputusan yang besar buat saya dan keluarga saya serta rakan-rakan saya," katanya kepada The Times.

"Saya pernah terfikir, 'Adakah saya mahu melakukannya? Sudah tentu,' dan saya berhijrah. Tidak perlu menoleh ke belakang. Saya tidak pernah menyesal dalam hidup saya, atau kerjaya saya dan saya meneruskan cara itu hingga ke hari ini.

"Saya mahu karier saya berjaya, dan saya akan berusaha sedaya upaya untuk mencuba dan mendorong diri saya untuk menjadi pemain bola sepak terbaik dan orang terbaik yang saya boleh."

A post shared by SM ?⚽️ (@scottmctominay)