Skip to main content

Bola Sepak

'Saya tidak gembira bermain di sana'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

messi.jpg
Pemain terbaik dunia, Lionel Messi, mengakui tidak gembira dan tidak menikmati masanya selama bermain bola sepak bersama gergasi Ligue 1 Paris Saint-Germain (PSG) itu.

Pemenang anugerah berprestij Ballon d'Or sebanyak lapan kali itu menyertai PSG pada tahun 2021 dengan perjanjian selama dua tahun selepas meninggalkan kelab terkemuka yang mencipta pelbagai kenangan manis bersama, Barcelona.

Pemain kebangsaan Argentina itu membantu PSG memenangi dua kejuaraan Ligue 1 dan terlibat secara langsung dalam 67 gol dalam 76 penampilan dalam semua pertandingan di bawah bimbingan bekas pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino.

 

Bagaimanapun, pemenang Piala Dunia 2022 itu memilih untuk tidak melanjutkan kontrak bersama PSG, sebaliknya beralih kepada Liga Utama Amerika Syarikat (MLS) bersama Inter Miami pada Julai 2023.

"Datang bermain bersama Inter Miami adalah satu peluang.

"Saya tidak gembira setiap hari, dengan latihan dan perlawanan. 

"Saya sukar menyesuaikan diri dengan semua itu. 

"Saya terbuka hati untuk bermain bersama Inter Miami kerana pasukan itu sedang berkembang," katanya.

Messi telah menjaringkan 36 gol dam 20 bantuan jaringan dalam 42 penampilan sejak menyertai Herons.

Pemain berusia 37 tahun itu tidak sabar untuk membantu Miami dalam menjadi tuan rumah Piala Dunia Kelab yang akan berlangsung pada akhir tahun ini.

Advertisement

Must Watch Video