Skip to main content

Bola Sepak

Saya tidak cukup bagus, kata Guardiola ketika ditolak Wigan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pepguardiola-cropped_1kgc1n4xvgy331pc2pjshpsxb0_1.jpg
Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, mendedahkan bahawa dia hampir menyertai Wigan Athletic sebagai pemain, namun ditolak kerana dia "tidak cukup bagus".

Guardiola membuat lebih 350 penampilan bersama Barcelona, memenangi enam gelaran LaLiga dan satu Piala Eropah antara kejayaan dikecapinya.

Tetapi jurulatih kelahiran Sepanyol itu – pada pertengahan umur 30-an dan baru berkhidmat di Al-Ahli – mahu beralih ke England pada 2005, dengan kemungkinan ke Wigan.

Menjelang kunjungan pasukannya, City, ke Wigan dalam Piala FA awal pagi esok, Guardiola mengesahkan bahawa dia mahu berpindah ke pendatang baru Liga Perdana Inggeris pada ketika itu.

“Ya beberapa tahun lalu,” katanya.

“Saya tidak cukup baik, ia adalah benar. Saya sudah tua, sangat tua untuk datang ke sini.

“Saya menawarkan diri, saya cuba datang ke sini untuk bermain bola sepak Inggeris sebagai pemain tetapi saya tidak mampu.

“Ia juga sama ketika saya cuba datang ke sini bersama Stuart Pearce. Mereka begitu bijak. Saya tidak cukup baik," ujarnya.

Skuad bimbingan Guardiola menjadi pasukan pilihan berdepan skuad Liga Satu itu untuk mara ke peringkat suku akhir Piala FA.

Pengurus Wigan, Paul Cook, berkata dia tiada perancangan untuk melayan rakan sejawatnya itu berbeza dengan bos lain.

Ditanya adakah dia meluangkan masa untuk minum bersama Guardiola, Cook berkata: “Satu tin Skol!

"Kami menghormati Pep tetapi kabinet minuman kami tidak akan diubah untuk sesiapa. Saya fikir kami juga ada pengurus (West Ham) David Moyes dengan sebotol wain dari Tesco.

"Kami akan tunjuk hormat kepadanya dan saya pasti apabila dia pergi, dia akan mempunyai pengalaman yang baik di Wigan."

Advertisement

Must Watch Video