Penyerang Manchester United, Marcus Rashford, secara rasminya akan menyertai Barcelona secara pinjaman untuk tempoh 12 bulan.
Pemain berusia 27 tahun itu turut menjelaskan dia melihat United dalam proses perubahan selain berkongsikan dia tidak memiliki perkara buruk untuk dikatakan mengenai The Red Devils.
Dia tidak menjadi pemain pilihan Ruben Amorim selepas bergelut dengan prestasinya kembali sejak menjaringkan 30 gol dalam semua pertandingan pada kempen 2022/23, apabila United menduduki tempat ketiga dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan memenangi Piala EFL.
"Keadaan dengan United adalah pasukan kini dalam tempoh perubahan. Saya tiada apa-apa yang buruk untuk dikatakan mengenai Manchester United.
"Ia menjadi menjadi bahagian penting bukan sahaja dalam karier saya tetapi dalam hidup saya. Saya bersyukur atas peluang untuk bermain dengan mereka.
"Tetapi bola sepak adalah seperti kehidupan dan tidak semuanya berjalan semudah yang adnda fikirkan. Saya mendoakan yang terbaik untuk mereka dan berharap mereka berjaya pada masa depan." katanya.

1️⃣4️⃣ pic.twitter.com/gC5OyPplTM
— FC Barcelona (@FCBarcelona) July 23, 2025