BUNDESLIGA
Saya tiada miliki sebarang perancangan tinggalkan Bayern Munich -- Leon Goretzka
Pemain tengah Bayern Munich, Leon Goretzka, menepis sebarang khabar angin mengenai dia bakal menyertai Manchester United musim panas ini.
Goretzka melewati musim cemerlang bersama Bayern Munich, membantu mereka mengekalkan kejuaraan Bundesliga dengan menjaringkan enam gol dan memberikan enam bantuan jaringan dalam 40 penampilan bagi semua pertandingan.
Di sebalik prestasinya, terdapat khabar angin yang tersebar mengenai masa depannya di Allianz Arena, dengan Goretzka didakwa mahukan cabaran baharu di luar negara.
Iklan
Pemain skuad kebagsaan Jerman itu juga telah dikaitkan dengan perpindahan ke kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United.
Pemain berusia 28 tahun itu terikat kontrak di Bayern Munich sehingga 2026. Bagaimanapun, jika Manchester United menandatanganinya, pengalaman dan bakatnya akan menjadi penting untuk Red Devils untuk mencapai kejayaan musim depan.
Leon Goretzka, bagaimanapun, menafikan spekulasi ini dalam temu bual dengan Sport1. Dia berkata kepada GOAL, “Saya tiada rancangan lain selain kekal di Bayern. Kami mempunyai rancangan besar untuk tahun depan, seperti yang Joshua Kimmich katakan selepas perlawanan Ukraine."
Apabila ditanya sama ada Bayern Munich menandatangani pemain tengah lain yang menyebabkan dia berhijrah, dia menjawab,“Persaingan dalam skuad adalah prasyarat asas untuk kejayaan FC Bayern. Mereka yang bertanggungjawab menunaikan kewajipan mereka untuk mempersoalkan segala-galanya. Tetapi saya juga pasti bahawa kami akan kembali ke jalan kejayaan bersama pada musim baharu.”
Goretzka telah menjaringkan 34 gol dan memberikan 35 bantuan dalam 179 penampilan untuk Bayern. Dia juga telah memenangi 13 trofi utama bersama kelab itu.
Must-Watch Video