Skip to main content

Bola Sepak

Saya temui semula 'Semangat yang hilang' -- Antony anggap sertai Betis keputusan terbaik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

betis-antony.jpg
Apabila Antony dipinjamkan dari Manchester United ke Real Betis, kelab Sepanyol itu yakin mereka akan menandatangani pemain yang akan meningkatkan nasib kelab dan bukannya menambah malang susulan menikmati musim buruk dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Antony tiba di United dengan bayaran mencecah GBP81 juta (ASD105.02 juta) pada 2022, tetapi pada masa dia meninggalkan kelab Januari lalu, dia seakan sudah kehilangan percikan yang membuatkan dia cukup diminati ketika bersama Ajax.

Setelah dipuji kerana membimbing kelab Belanda itu merangkul kejuaraan Eredivisie, pemain sayap Brazil itu gagal meneruskan rentak cemerlang di United sebelum dipinjamkan kepada Betis.

Tetapi Betis mempunyai rancangan untuknya dan walaupun mereka diejek kerana video mereka yang diilhamkan oleh David Lynch untuk mendedahkan pembelian baharu mereka, kelab yang berpangkalan di Seville itu yang kini berdiri megah dengan keputusan yang diambil.

Sejak ketibaannya, Antony telah meledak empat gol dan empat bantuan dalam 12 perlawanan dalam semua pertandingan serta dalam usaha untuk memenangi Liga Conference UEFA dan usaha untuk kelayakan Liga Juara-Juara musim depan.

"Saya sangat gembira ... saya kembali menemui diri saya, saya perlu gembira, saya memerlukan keluarga saya juga untuk bahagia. Setiap hari yang berlalu, saya melihat bahawa ini adalah keputusan terbaik yang saya buat," kata Antony kepada DAZN.

"Saya menikmati bandar, kelab, setiap hari. [Seville] mengingatkan saya banyak perkara dari Brazil -- matahari, makanan, segala-galanya. Orang ramai juga sangat mesra. Saya sangat gembira dan itu penting untuk kami sebagai warga Brazil."

Pemain berusia 25 tahun itu telah menemui semula keyakinannya yang telah lama hilang ketika di United.

Betis berada di tangga ke-10 ketika ketibaannya, namun kini merekodkan enam kemenangan berturut-turut termasuk kemenangan derby 2-1 ke atas Sevilla -- pasukan Manuel Pellegrini menghuni tangga keenam liga, enam mata dari kempok empat teratas.

Advertisement

Must Watch Video