Saya tak mahu balik, pinjamkan saya ke Jepun -- Ini cerita sebenar Luqman Hakim
Saufi Tahir
Oktober 29, 2024 12:20 MYT
Oktober 29, 2024 12:20 MYT
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NFDP, Safirul Abu Bakar, berkongsi semangat yang dimiliki penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin, untuk terus menimba pengalaman di luar negara.
Dalam satu podcast, Safirul menjelaskan penyerang berusia 22 tahun itu menandatangani kontrak panjang selama lima tahun bersama KV Kortrijk untuk tidak pulang ke Malaysia demi merebut tempat dalam pasukannya.
"Saya terbabit dalam membawa Luqman keluar negara. Kebetulan Luqman meletup ketika Kejohanan AFC B-16 walaupun hanya bermain dua perlawanan dan menjadi penjaring terbanyak.
"Di kejohanan itu ada pegawai FIFA dan dihadiri pencari bakat, jadi liputan meluas dan itu menyebabkan nama dia meningkat.
"Kekesalan saya adalah mengapa kelab itu tidak memberikan Luqman menyerlah dengan pasukan bawah umur. Luqman juga mempunyai agen jadi terpulang pada kelab untuk berikan minit perlawanan mahupun tidak.
"Satu benda yang bagus, dia taknak balik. Dia tandatangani kontrak lima tahun di sana supaya dia tak pulang ke Malaysia. Dia juga berkata 'Saya tak mahu balik, pinjamkan saya ke Jepun atau mana-mana' kerana semangat dia. Tetapi proses dia tidak begitu memberangsangkan, itulah hakikatnya." katanya.