Pemain tengah Manchester United, Sofyan Amrabat, berkata dia sanggup bermain sebagai penjaga gol untuk kelab, selepas penampilan pertamanya sebagai bek kiri.
Turun sebagai bek kiri, pemain antarabangsa Maghribi itu kembali ke posisi utama di bahagian tengah apabila Victor Lindelof diperkenalkan pada separuh masa kedua namun membuktikan kemampuannya beraksi di mana-mana posisi cukup mengagumkan penonton yang hadir ke Old Trafford.
"Saya memberitahu pengurus saya akan bermain di mana [dia] memerlukan saya dan di mana pasukan memerlukan saya, walaupun sebagai penjaga gol!" kata pemain yang menyarung jersi nombor 4 itu menerusi Sky Sports.
“Saya bermain di mana saya boleh membantu pasukan, hari ini ia adalah bek kiri.
"Saya mempunyai sedikit peranan bebas, saya fikir anda melihat saya bermain sedikit di bahagian tengah, jadi ia bagus, ia bagus."
Sofyan menyifatkan kemenangan kami sebagai permulaan yang ideal untuk kehidupan di bawah lampu Old Trafford.
"Saya fikir ia adalah perlawanan yang cukup sempurna," katanya.
“Kami bermain dengan sangat baik dan, yang paling penting, kami menang 3-0. Saya bermain satu jam, jadi saya rasa ia adalah sempurna.”
Ammar Hakim
Wed Sep 27 2023
