Skip to main content

Bola Sepak

Saya rindu nasi lemak, nasi kandar -- Liridon Krasniqi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

liridon.jpg
Pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi, meluahkan perasaan rindunya terhadap Malaysia.

“Malaysia, saya rindukan anda. Saya rindu nasi lemak, saya rindu nasi kandar.

“Saya rindu (semua) orang. Matdon sayangkan anda semua.”



Itu kata-kata Liridon selepas memuat naik gambar menerusi Instastory di Instagram.

Pemain yang pernah mewarnai kancah Liga Malaysia bermula apabila mewakili Kedah pada 2015. 

Sejak itu, dia berkelana ke Terengganu kemudian ke Johor Darul Ta’zim (JDT) sebelum menyertai Melaka United.

Di pentas antarabangsa, Liridon meraih enam penampilan dan satu gol bersama Harimau Malaya.

Perkembangan terkini pemain itu kini berada di Amerika Syarikat mewakili Miami United.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MATDON (@liridonkrasniqi_8)

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video